Monday, December 13, 2010

Cabaran dan dugaan

alhamdullilah, kita sihat dan boleh lagi membaca dan menulis di blog-blog kesayangan. Walaupun setengah dari kita termasuk saya belum pernah menjana pendapatan, namun dengan minat dan ingin tahu serta turut serta dengan arus teknologi maklumat ini, InsyaAllah kita semua akan berjaya menjana sedikit pendapatan sebagai permulaan.

Namun begitu kita mesti berusaha dan membuat rancangan bagi memperoleh pendapatan.Kita juga perlu menetapkan sasaran bila dan jumlah yang diinginkan. saya sasarkan pada may 2011 saya akan menjana RM100 yang pertama dari blog saya ni. Walaupun saya ada beberapa blog yang ditulis dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu, tapi sasaran kita perlu terperinci dan mudah dicapai agar kita boleh bergerak ke peringkat seterusnya.

Moga tahun hijrah yang sudah menjangkau 1432H dan hari ke9 bulan muharram, kita semua akan dikurniakan kesihatan dan rezeki yang halal seperti diminta dariNYA. Tahun 2010 jugaakan meninggalkan kita dalam masa 2 minggu lagi dan azam dan hasrat tahun 2011 dah di buat perancangan ke?

Tuesday, October 12, 2010

Apa dan macamana

Kenapa kita masih lagi disini, melakukan kerja yang sama, routine yang sama, melalui jalan yang sama, berjumpa dengan kawan dan orang2 yang sama. Tidakah kita pernah berhenti sejenak dan berfikir, kenapa aku melakukan benda yang sama setiap hari sedangkan bumi Allah ni maha luas dan indah. Tidakah aku ingin menuju dan melalui tempat yang tidak pernah ku tuju dan melintasinya. Aku akan menempuh satu benda dan pengalaman yang baru yg tidak pernah ku fikir selama ni. Alangkah seronok dan terbuknya minda ku hari ni,jika aku dapat bertemu dengan orang yang baru dan berfikiran positif dan dapat memberi idea atau bertukar pengalaman yang selalunya tidak akan sama walaupun berlaku di tempat yang sama.

Aku ingin melakukan perubahan terutamanya terhadap diri sendiri ke arah yang lebih baik dan dapat memberi manafaat kepada manusia sejagat.

Tuesday, September 14, 2010

Selamat kembali

Diam tak diam dah masuk hari ke 6 kita beraya. Mungkin masih ramai yang bercuti lagi maklum jelah cuti sekolah masih panjang lagi. tapi pada yang dah mula bekerja, mari kita teruskan usaha tanpa jemu dan penat, kerana kejayaan sedang menanti didepan sana. masa je yang akan menentukan bilakah kita akan sampai ke destinasi tu...

Mungkin didalam usaha kita mengejar kejayaan berbagai halangan dan cabaran yang akan dan sudah kita lalui, tapi itu semua merupakan guru dan pengalaman kita yang tidak akan dapat dirasai oleh orang lain. pengalamanlah yang akan menagajar dan membentuk kita supaya menjadi lebih baik dan maju di masa hadapan. Jangan jadikan cabaran dan dugaan sebagai halangan untuk kita terus berusaha. Gerak dan terus bergerak, biar sedikit asalkan tidak berhenti.

Marilah kita sama-sama berusaha demi agama dan bangsa, mari kita berusaha tanpa rasa jemu dan putus asa,kerana sesungguhnya DIA sentiasa ada bersama kita dan janganlah kita lalai dan leka terhadapNYA. ingatlah kita kepadaNYA, sesungguhnya DIA sentiasa meningati kita.